Naskhah Hikayat Hang Tuah (MSS 1713) dan Hukum Kanun Melaka (MSS23) merupakan dua karya agung Melayu yang mempunyai nilai ilmu yang tinggi dan merupakan pembentuk dan cerminan budaya sepanjang zaman.
Bertepatan dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 yang dipilih pada tahun ini iaitu “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”, Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, PNM akan menyajikan program Wacana Manuskrip Melayu Bil. 3/2023 - “Membina Malaysia Madani Berinspirasikan Karya Agung Melayu” yang akan didakan pada :
Tarikh : 8 Ogos 2023 (Selasa) Masa : 10:00 pagi Tempat : Aras 10, Menara PNM & PNM TV Channel (https://youtube.com/live/gMGVUsy2H_4)
Topik :
(i) Adat Istiadat Melayu Melaka: Simbol Sebuah Kehidupan dengan Kebitaraan oleh YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Borhan, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan & Presiden GAPENA (Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia)
(ii) Kupasan Manuskrip Melayu mengenai Hukum Kanun Melaka oleh YBhg. Datuk Profesor Madya Dr. Wan Ahmad Fauzi bin Hashim @Wan Husain, ISTAC, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Marilah sama-sama kita menyuburkan budaya membaca karya-karya agung negara kerana masyarakat yang bertamadun tinggi mengamalkan budaya ilmu menerusi tabiat membaca.
Kementerian Perpaduan Negara Anwar Ibrahim
Aaron Ago Anak Dagang Jabatan Penerangan Malaysia Merdeka360
#perpustakaannegaramalaysia
#MalaysiaMadani
#bangsamembacabangsaberjaya
#KembaraPerpaduan
#MalaysiaMadani
#TekadPerpaduanPenuhiHarapan
#TekadPerpaduan
#PenuhiHarapan
#Merdeka360
#HKHM2023
#malaysiamerdeka
https://www.facebook.com/photo?fbid=689309973235794&set=a.592676789565780
Jejak Sarawakiana Di Dalat 14 May 2025
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 23 May 2025
Knowledge Camp 2025 21 Jun 2025
International Archives Week 2025 23 Jun 2025
Sarawak Children's Literature Festival 2025 23 Aug 2025