EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

ARCHIVING TODAY’S KNOWLEDGE AND RECORDS FOR TOMORROW ACCESSIBILITY AND BROWSING (AKRAB)

Ditulis pada 27 October 2023

Tarikh: 6-9 November 2023
Tempat: Masjid Darul Hana, Jalan Tun Salahuddin

Archiving Today’s Knowledge and Records for Tomorrow Accessibility and Browsing (AKRAB) julung kali diadakan pada 6-9 November 2023 bertempat di Masjid Darul Hana, Jalan Tun Salahuddin.

Program perintis anjuran Pustaka Negeri Sarawak dan rakan pintar, Balai Seni Negara dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Dan Lindungan Tanah (LCDA), Pejabat Daerah Kuching dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) ini menyasarkan penduduk-penduduk yang bakal dan telah berpindah ke penempatan baharu bagi tujuan pembangunan Sarawak.

Program yang julung kali diadakan ini difokuskan kepada penduduk-penduduk sekitar Kampung Pulo Ulu, Kampung Semarang dan Kampung Panglima Seman Lama yang berpindah ke Perumahan Darul Hana.

Seiring dengan pelaksanan Sustainable Development Goals, Target 11.4: Protect The World’s Cultural And Natural Heritage, objektif program ini adalah bagi memelihara khazanah dan maklumat bersejarah berkaitan dengan perkampungan dan penduduk di sekitar Kampung Seberang Hilir dan menjalankan aktiviti kesedaran pemeliharaan khazanah arkib menerusi aktiviti baikpulih bahan, pendigitalan serta pengumpulan bahan-bahan rekod dan dokumen (dokumen, sijil, gambar) bersejarah dari penduduk sekitar Kampung Seberang Hilir.

Penyertaan terbuka kepada penduduk-penduduk sekitar Kampung Pulo Ulu, Kampung Semarang dan Kampung Panglima Seman Lama yang mempunyai koleksi-koleksi bersejarah tentang rumah lama di kampung asal sebelum berpindah ke Perumahan Darul Hana untuk dipelihara bagi generasi masa hadapan. Koleksi yang dipelihara bukan sahaja dalam bentuk dokumen, tetapi juga dalam bentuk penceritaan tentang kampung atau tradisi keluarga masing-masing.

Anda boleh mendaftar sebagai peserta melalui pautan berikut: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdaHeTVIw1Pi_0v5edyXtD2FEHgYWF1rUtC1gR7yEYU6C-lFA/viewform

Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh berhubung dengan pegawai kami atau Puan Dayangku Horiah Binti Awang Gani (dayanghg@sarawak.gov.my) dan Encik Mohamad Aizat Bin Ajis (aizat2@sarawak.gov.my) di talian 082-374000.

#pustakanegerisarawak
#sarawakstatelibrary
#staterecordrepository
#repositorirekodnegeri
#bacarekacemerlang
#readinnovateexcel
#pustaka2023
#akrab

Please LIKE, COMMENT & SHARE:
Website : https://www.pustaka-sarawak.com/
Facebook : https://www.facebook.com/pustaka.sarawak/
Twitter : https://twitter.com/pustakaswk
Instagram : https://www.instagram.com/pustakaswk/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@pustakanegerisarawak/
Youtube : https://www.youtube.com/@PustakaSarawak/

Follow the Pustaka Negeri Sarawak channel on WhatsApp: https://whatsapp.com/channel/0029Va6BLf859PwNwTOgCQ37

https://www.facebook.com/photo/?fbid=706885998142145&set=a.613074510856628
https://www.instagram.com/p/Cy3trTqvdQD/?hl=en
https://twitter.com/pustakaswk/status/1717595524776566857

//cer