Sertai kami untuk Ceramah Hak Perlindungan Dalam Keganasan Rumah Tangga oleh Encik Khairul Anwar bin Shazali, Pegawai Undang-Undang, Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak pada:-
Tarikh: 26 Februari 2024,Isnin
Tempat: Auditorium, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak
Ramai mangsa keganasan rumah tangga berdiam diri kerana tidak tahu hak-hak mereka untuk mendapatkan perlindungan. Sikap berdiam diri menyebabkan mereka berterusan menjadi mangsa dan menanggung bebanan fizikal dan emosi yang amat berat.
Jika tidak dibendung, keganasan dalam rumah tangga yang dibiarkan boleh memuncak dan berisiko mengorbankan nyawa.
Oleh itu, bukan sahaja mangsa malah masyarakat umum perlu ambil tahu apakah hak-hak perlindungan untuk mangsa keganasan rumah tangga agar nasihat dan bantuan dapat dihulurkan kepada mereka yang memerlukan di sekeliling kita.
Jangan biarkan keganasan rumah tangga berterusan. Hentikan sekarang!
(SIBU) Sarawakiana Exhibition: Sarawak Through Calligrafitti 03 May 2024
(SIBU) Thematic Exhibition: The Importance of Workplace Safety 06 May 2024
Seminar Sarawak Lestari Betemakan ?Keterangkuman? 23 May 2024
Legal Deposit Awareness 01/24 24 May 2024
(SIBU) Hari Bersama Pelanggan 25 May 2024