EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Sertai Pertandingan Ruang Bacaan Keluarga 2026!

Ditulis pada 22 June 2026

Setiap ruang punya cerita, setiap rak menyimpan pelbagai ilmu pengetahuan dan setiap buku membuka lembaran dunia baharu. Ruang bacaan terbaik, menginspirasikan dunia terhebat.

Jom sertai Pertandingan Ruang Bacaan Keluarga anjuran Perpustakaan Negara Malaysia dan Pustaka Negeri Sarawak!

Kategori Pertandingan:
i. Kediaman Bertingkat
ii. Rumah Bertanah
iii. Rumah Kampung

Pemenang bagi setiap kategori akan mewakili Negeri Sarawak ke peringkat kebangsaan.

Maklumat lanjut, borang penyertaan dan syarat pertandingan:
🔗 https://tinyurl.com/ye227rfc

Atau imbas kod QR yang tertera pada poster.

Serlahkan kreativiti anda dalam mewujudkan ruang bacaan keluarga yang terbaik serta memupuk budaya membaca dalam keluarga anda.

Klik di sini untuk pergi ke pautan berkaitan