EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Makluman Penting: Stok Reading Seeds Kit 4.0 di Pustaka Negeri Sarawak Telah Habis

Ditulis pada 21 October 2026

Program Reading Seeds merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Sarawak melalui Pustaka Negeri Sarawak dalam usaha menyemai budaya membaca sejak usia awal, termasuk ketika anak masih dalam kandungan. Inisiatif ini bukan sekadar menggalakkan amalan membaca, malah turut membuka ruang kepada ibu bapa untuk membina hubungan yang lebih erat dengan anak-anak melalui pengalaman membaca bersama.

Reading Seeds Kit disediakan secara PERCUMA dengan jumlah pengagihan yang TERHAD, sebagai salah satu usaha menyokong ibu bapa dalam memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak sejak kecil.

Adalah dimaklumkan bahawa stok Reading Seeds Kit 4.0 di Pustaka Negeri Sarawak kini telah kehabisan stok berikutan permintaan yang tinggi dan sambutan yang diluar jangkaan.

Pihak kami amat menghargai sambutan yang begitu menggalakkan serta sokongan dan komitmen ibu bapa terhadap program ini. Sambutan yang diterima membuktikan bahawa semakin ramai ibu bapa menyedari betapa pentingnya peranan mereka dalam membentuk generasi yang mencintai ilmu dan menjadikan membaca sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian.

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul serta keprihatinan semua pihak dan kesabaran semua pihak.

Sebarang perkembangan terkini berhubung ketersediaan stok Reading Seeds Kit 4.0 di Pustaka Negeri Sarawak akan dimaklumkan melalui media sosial rasmi Pustaka Negeri Sarawak dari semasa ke semasa.

Klik di sini untuk pergi ke pautan berkaitan