EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

PELESTARIAN SILAT MELAYU : ANTARA WARISAN DENGAN AMALAN

image description
Call no.
: 306.4209595/PEL 23
Penulis
: Nazarudin Zainun, Mohamad Omar Bidin, Editor
Penyumbang
: RAZAK RAMBILI
Ringkasan
Di Nusantara, seni silat merupakan satu amalan biasa yang telah diamalkan sejak berabad lamanya. Namun paling ketara, amalan ini mula menonjol selepas merdeka (1957) sebagai satu saranan baharu kerajaan Malaysia untuk mewujudkan satu persatuan atau organisasi silat yang bernaung di bawah satu bumbung. Saranan tersebut disambut baik dengan kewujudan pelbagai nama, aliran perguruan dan sebagainya. Perkembangan ini turut dizahirkan melalui wujudnya pelbagai pendapat dalam pelbagai perspektif ilmu termasuklah sains sosial. Buku ini merangkumkan perkara-perkara yang berkaitan dengan seni silat dalam konteks perundangan Malaysia, perkembangan seni silat, pandangan Islam terhadap seni silat, amalan, teori dan konsep sosiologi, pergerakan dalam silat dan sebagainya.