Pahlawan Hang Tuah dan kehebatannya diketahui oleh Kerajaan Majapahit. Perkahwinan Sultan Melaka bersama Tun Teja menjadikan Raden Mas Ayu iaitu anakanda Betara Majapahit dimadukan oleh Sultan Melaka. Perkara tersebut sampai kepada Betara Majapahit dan baginda sangat murka kepada Raja Melaka. Bagi menjaga hubungan dengan Kerajaan Majapahit, Sultan Melaka telah menghantar Hang Tuah dan rombongan ke Majapahit dan mengirim khabar berita kepada Betara Majapahit. Namun kebijaksanaan Hang Tuah mendamaikan Betara Majapahit dan Sultan Melaka.