Buku ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan mengenai tindakan yang akan diambil oleh pasangan yang mengalami masalah dalam perkahwinan mereka. Dengan membaca buku ini, mudah-mudahan hubungan antara kedua-dua pihak tidak akan terputus walaupun ikatan jodoh sudah berakhir,
Selain itu, penulis juga mahukan setiap pasangan suami isteri tahu akan hak-hak mereka terutamanya setelah berlaku masalah ketika perkahwinan dan selepas berlakunya perpisahan.
Buku ini terbahagi kepada 5 bab iaitu, bab pertama perkahwinan bermasalah, bab kedua perkahwinan menjadi buntu, bab ketiga kesan pembubaran perkahwinan, bab keempat tuntuan selepas pembubaran perkahwinan dan bab 5 penutup.