EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Belajar Tajwid dengan berkesan

image description
Call no.
: 297.1224045/MUH
Penulis
: Muhammad Nazir Mohammed Khalid
Penyumbang
: Abdul Aziz Hj. Kassim
Ringkasan
Buku ini merupakan manual ringkas yang mudah difahami untuk mempelajari hukum tajwid bacaan al-Quran. Bermula dengan asas pengenalan sifat-sifat huruf al-Quran, tanda bacaan hinggalah kepada pecahan hukum tajwid. Bagi saya buku ini sesuai untuk kita mengulangkaji hukum tajwid yang pernah dipelajari suatu ketika dahulu dan ianya juga boleh digunakan bagi mereka yang baru nak belajar dan mengenali hukum-hukum tajwid dalam bacaan al-Quran. Diselitkan juga di dalam buku ini pengertian 99 nama-nama Allah dan beberapa doa ringkas seharian. Buku ini ada menerangkan kesalahan bacaan yang sering dilakukan ketika membaca al-Quran. Penulis juga ada menerangkan bacaan dan hukum yang betul ketika membaca al-Quran. Buku ini amat berguna kepada saya kerana ianya dapat memperbaiki tajwid di dalam bacaan al-Quran saya. Buku ini juga sesuai digunakan oleh semua peringkat usia.