Bila sebut pasal bisnes, ramai yang berfikir tentang modal. Kalau nak buka bisnes mesti ada modal. Sebenarnya tanggapan itu salah. Buku ini merungkai perniagaan boleh dijalankan tanpa memerlukan modal.
Buku ini memfokuskan tentang bagaimana kita dapat memperoleh pendapatan tanpa mengeluarkan sebarang modal. Beberapa topik dalam buku ini membantu pembaca untuk memulakan bisnes tanpa modal melalui Dropship. Berbisnes secara dropship kian mendapat tempat di hati usahawan-usahawan kecil dan sederhana. Pencerahan mengenai bisnes Dropship diterangkan dengan jelas di dalam buku ini.
Bagi mereka masih lagi ragu-ragu untuk memulakan bisnes dropship ini, amat sesuai untuk membaca buku ini kerana segala persoalannya mampu terjawab dengan membaca buku ini.