EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Kemurungan Mengancam Kehidupan

image description
Call no.
: 616.8527 AFF
Penulis
: Affizal Ahmad
Penyumbang
: Norayah Binti Adenan
Ringkasan
Kemurungan ialah satu daripada penyakit psikiatri yang menjadi penyakit yang utama di dunia. Penyakit ini sering menggangu fungsi manusia serta sosioekonomi sesebuah negara. Pesakit yang mengalami kemurungan major boleh bertindak di luar batas kewarasan fikiran. Dalam buku ini penulis membincangkan makna kemurungan, ciri-ciri kemurungan, factor-faktor menyebabkan berlakunya kemurungan, symptom-simptom kemurungan dan terapi psikologi untuk kemurungan. Kemurungan bukan sahaja terjadi kepada orang dewasa, malah kemurungan juga berlaku kepada kanak-kanak dan remaja. Tiada satu punca tertentu yang boleh mengakibatkan kemurungan. Masalah ini biasanya berpunca daripada gabungan beberapa genetik, persekitaran, Penyakit fizikal yang kronik dan faktor psikologi. Oleh itu masyarakat perlu memahami bahawa emosi yang dialami oleh setiap orang ialah reaksi terhadap perkara yang berlaku di persekitarannya. Malahan reaksi tersebut juga mampu mempengaruhi emosi orang lain yang ada di sekeliling mereka.