Buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan tambahan kepada umum dan kepada yang berminat untuk mewujudkan sudut perpustakaan mini di rumah. Di permulaan buku ini memberi panduan bagaimana hendak menjadikan satu sudut di dalam rumah kepada perpustakaan mini. Ia bukan hanya berfungsi sebagai tempat bacaan, malah boleh juga dijadikan sebagai tempat santai keluarga, pejabat, tempat penyimpanan buku dan sebagainya. Kemudian ia menerangkan bagaimana teknik penyusunan buku yang sistematik. Diterangkan bahawa terdapat beberapa teknik penyusunan buku antaranya :
- Berdasarkan kategori.
- Berdasarkan judul buku.
- Berdasarkan warna.
- Berdasarkan kelompom umur bacaan (sudut bacaan dewasa, agama, dan sebagainya)
- Berdasarkan sistem klasifikasi Dewey DCC.
Seterusnya, diterangkan juga teknik pemuliharaan buku, ia adalah penting bagi menjaga buku itu daripada rosak. Buku boleh juga rosak jika tidak disimpan dengan betul merangkumi lokasi penyimpanan, suhu tempat penyimpanan dan sebagainya. Beberapa sudut yang sesuai untuk dijadikan sebagai perpustakaan mini di dalam rumah. Antaranya adalah :
a. Ruang tamu. b. Dapur c. Ruang bawah tangga. d. Bilik tidur. e. Mezzanin. f. Loteng
Bagi menambah keceriaan perpustakaan mini ia hendaklah mempunyai perkara tersebut:
Perabot yang sesuai (jenis/warna/fungsi).
- Pencahayaan yang sesuai.
- Hiasan dalaman yang sesuai.
Buku ini sangat baik dan amat berguna kerana:
- Menggunakan bahasa yang mudah difahami.
- Menggunakan grafik dan gambar.
- Sesuai dijadikan rujukan kepada pemilik rumah yang mahu memiliki perpustakaan.