EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Panduan Pemakanan SIHAT

image description
Call no.
: 613.2083 NOR
Penulis
: Nor Hairul Palal, Rahimawati Abdul Rahim, Nor Hashina Bahrudin
Penyumbang
: Georgiana Usun Jok
Ringkasan
Buku Panduan Pemakanan Sihat ini merupakan sebuah buku yang menerangkan keperluan nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral. Dalam buku ini diterangkan juga mengenai keperluan nutrien itu kepada tubuh badan manusia di samping kesan sekiranya kekurangan pengambilan nutrien itu. Buku ini juga memberi kita pengetahuan mengenai amalan pemakanan berdasarkan kepada RDA, RNI dan pengiraan kalori. Dengan adanya pengetahuan & pemahaman melalui pengiraan ini akan dapat membantu individu menentukan keperluan jumlah kalori yang diperlukan setiap hari dalam kehidupan harian mereka. Dalam buku ini ada amalan pemakanan melalui Piramid Makanan. Piramid Makanan ini membantu menerangkan kategori makanan yang perlu diambil secara banyak dan yang perlu diambil secara sedikit ataupun sederhana. Dalam buku ini ada juga menerangkan mengenai beberapa contoh pengambilan pemakanan yang sihat dari pelbagai peringkat umur di samping menerangkan tentang beberapa contoh penyakit yang memerlukan perhatian dalam diet kita. Menerusi pembacaan buku ini dapat membantu pelbagai pihak memahami keperluan pemakanan yang sihat bagi diri kita.