EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Saya Ada 25 Jam Sehari : Cara Bijak Menjana Lebih Masa

image description
Call no.
: 650.11 MOH
Penulis
: Dr. Mohd Daud Bakar
Penyumbang
: Georgiana Usun Jok
Ringkasan
Buku ini sangat sesuai bagi anda yang perlu melaksanakan banyak perkara namun tidak cukup masa bagi melaksanakannya. Buku ini juga agak ideal bagi anda yang mengalami defisit masa setiap hari. Terdapat banyak tip & rahsia yang diketengahkan dalam buku ini oleh penulis hasil kisah benar gaya hidup dan kerja salah seorang penasihat & usahawan Syariah global yang menabur bakti dalam pelbagai projek rentas sempadan, selain pelbagai tanggungjawap dan inisiatif. Tip-tip yang diterangkan dalam buku ini juga mudah difahami dan diamalkan. Ini kerana ia sudah pun diuji setiap hari dan setiap jam dalam kehidupan dan kepimpinan pengarang buku ini sendiri. Para pembaca hanya perlu menyesuaikan tip-tip ini dengan personaliti, kerjaya, persekitaran dan tabiat masing-masing. Penulis buku ini juga menerangkan bahawa buku ini tidak ditulis sebagai panduan serba lengkap mengenai cara menjana masa tambahan. “Saya ada 25 jam sehari” adalah berkaitan dengan dan mempengaruhi semua aspek kehidupan. Ini kerana ia membantu anda melakukan lebih banyak kerja dan memberi kelegan daripada gaya hidup kelam-kabut tatkala anda memainkan pelbagai peranan berbeza.