Dari segi bahasa, usrah adalah keluarga. Delegasi usrah abad ke 20 ini telah di popularkan oleh Imam Hassan Al-Banna sebagai satu unit kecil untuk membentuk individu muslim. Ia adalah tempat top-up iman. Dalam usrah, dapa menjamin kita untuk menatap, mendengar juga melafazkan ayat- ayat Allah S.W.T. bukalah ruang masa untuk berusrah kerana disitulah proses tazkiatun-nafs (pembersihan hati) berlaku. Kemanisan usrah adalah umpama LOLIPOP, di mana semakin dijamah maka semakin enak rasanya. Maka biasa-biasakanlah diri dengan berusrah untuk tarbiah hati dan membina nilai muslim yang berkualiti dan Jemaah yang kuat.