Buku tulisan Zoje Stage ini mengisahkan seorang budak perempuan bernama Hanna yang mempunyai hubungan yang tidak stabil dengan ibu kandung sendiri. Pembaca pasti akan tertanya-tanya apakah punca Hanna memberontak sehingga sanggup mencuba pelbagai cara untuk menyakiti ibunya. Apa yang pelik adalah bagaimana budak sekecil Hanna pandai berubah sikap menjadi anak yang baik hanya apabila berhadapan dengan bapa kesayangannya. Buku ini paling sesuai untuk pembaca yang meminati topik psikologi.