EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

TRANSFORMASI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL MALAYSIA

image description
Call no.
: 373.24609595 NOR
Penulis
: Norlidah Alias, Dorothy Dewitt, Khairul Azhar Jamaludin
Penyumbang
: Georgiana Usun Jok
Ringkasan
Transformasi Pendidikan Teknikal & Vokasional (TVET) Malaysia membincangkan mengenai kemahiran yang diperlukan dalam TVET, teori-teori asas berkaitan kemahiran tersebut, pembangunan kurikulum yang berkaitan dengan TVET serta struktur TVET di Malaysia dan beberapa negara maju, cadangan untuk penambahbaikan TVET serta strategi yang boleh digunakan bagi TVET seperti bilik darjah berbalik, pembelajaran kolaboratif, pembelajaran reflektif, pendekatan penyelesaian masalah dan penilaian. Keistimewaan buku ini adalah mampu membantu dalam mentransformasikan Pendidikan Teknikal dan Vokasional selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Buku ini juga sesuai dijadikan panduan bagi para pegawai di Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Pengetua, pensyarah di Institut Pengajian Tinggi dan Institut Pendidikan Guru, para pelajar Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran, serta para guru di Kolej Vokasional dan sekolah menengah teknik.

Aktiviti akan Datang

Sarawakiana Festival 2025 08 Dec 2025


Lihat Semua Akiviti