EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Tarian Dabus Rebana dan Busana Puteri Perak : Warisan Penanda Kepahlawanan Anak Negeri

image description
Call no.
: 781.62009595114/ZIN
Penulis
: Zinitulniza Abdul Kadir
Penyumbang
: Awang Yunos Bin Awang Husain
Ringkasan
Buku ini menghuraikan perihal keunikan tiga ikon kesenian negeri Perak, iaitu tarian dabus yang dipercayai telah berkembang sejak lebih 200 tahun lalu; rebana Perak serta busana Puteri Perak. Identiti unik ketiga-tiga ikon ini menjadi simbol dan penanda kepada warisan kepahlawanan anak negeri atau masyarakat negeri Perak. Penerbitan buku ini memuatkan hasil temu ramah dan kajian lapangan penulisnya dengan beberapa individu kumpulan penggiat yang terlibat secara langsung mencakupi sejarah dan teori asal usul; nyanyian; alat muzik; rebana Perak; pantang larang; khalifah dan peralatan khalifah; bunga tarian; busana Puteri Perak; legenda Puteri Limau Purut; ritual uji setia & pagar kawasan; persembahan serta masa depan seni warisan ini. Dilengkapi dengan infografik dan gambar yang berkaitan dengan perkara yang yang dihuraikan, memudahkan lagi kefahaman pembaca.

Aktiviti akan Datang

Sarawakiana Festival 2025 08 Dec 2025


Lihat Semua Akiviti