EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

YANG HILANG YANG DATANG

image description
Call no.
: 920.0595 KHA
Penulis
: Mat Ha Ezad
Penyumbang
: Georgiana Usun Jok
Ringkasan
Buku kecil ini merupakan buku ketiga yang diterbitkan oleh Badan Kebajikan Guru-guru Wilayah Padang Rengas dalam usaha untuk merakam peristiwa silam di samping mendapatkan sumber kewangan bagi Tabung Pendidikan BKGWPR yang diusahakan. Isi kandungan buku ini merupakan pengalaman dan masa yang penulis lalui sepanjang hidupnya selama 60 tahun. Sepanjang masa itu, banyak perubahan yang berlaku dari segi mata pencarian hidup, kebudayaan, nilai, sikap dan lain-lain. Apabila berlakunya perubahan, banyaklah benda yang hilang, malah perkataannya juga hilang. Buku YANG HILANG YANG DATANG cukup menarik dibaca oleh semua rakyat Malaysia khususnya para guru, pelajar, penulis, pengkaji perubhan masyarakat dan mereka yang mencintai ilmu pengetahuan. Banyak ilmu, maklumat dan pengetahuan hidup yang mahal harganya terungkap dalam buku ini yang disampaikan dengan gaya bahasa yang mudah, komunikatif, kreatif dan inovatif.

Aktiviti akan Datang

Sarawakiana Festival 2025 08 Dec 2025


Lihat Semua Akiviti