Buku ini ditulis sendiri oleh pakar perbidanan terkenal Malaysia, Dr. Hamid Arshat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman beliau dalam bidang sakit puan atau gynaecology. Buku setebal 157 mukasurat ini ditulis dengan bahasa yang mudah dan senang difahami beserta dengan doa-doa yang disarankan di dalam Al-Quran dan hadith untuk pasangan dan para ibubapa.
Ia dibahagi kepada 4 tajuk besar iaitu proses penzuriatan, komplikasi kehamilan, kelahiran dan penyakit-penyakit lazim wanita. Buku ini juga diulas dengan baik mengenai panduan untuk hamil, merancang jantina bayi, mencegah keguguran, mengatasi kecacatan bayi dan sebagainya. Ia sesuai dibaca oleh semua.