EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Menulis Sitcom – Mencontohi Pi Mai Pi Mai Tang Tu

image description
Call no.
: 808.23/HAT
Penulis
: Hatta Azad Khan
Penyumbang
: Awang Yunos Bin Awang Husain
Ringkasan
Sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu adalah program televisyen yang bertahan paling lama, bermula tahun 1985 dan berterusan selama hampir 18 tahun. Inilah sejarah yang tercipta oleh dua orang karyawan – Hatta Azad Khan dan Othman Hafsham. Buku Menulis Sitcom – Mencontohi Pi Mai Pi Mai Tang Tu ini ditulis khusus bagi memberikan serba sedikit gambaran bagaimana idea bagi sebuah drama komedi yang asalnya dipentaskan sebagai sebuah produksi teater, boleh dikembangkan menjadi siri televisyen yang diminati ramai. Buku ini turut dilengkapi dengan contoh skrip serta contoh bagaimana menyediakan kertas proposal untuk dihantar kepada penerbit atau stesen televisyen. Kaedah menulis sitcom dimulai dengan mengenali sejarah luar dan dalam negara, mengkaji kelainan sitcom berbanding genre lain, mengenali struktur dan elemen, mencipta watak dan seterusnya memilih tajuk yang sesuai. Buku ini boleh dijadikan panduan yang sangat sesuai dan berguna oleh tenaga pengajar serta pelajar yang mengambil jurusan penulisan skrip di pusat pengajian tinggi atau sesiapa saja yang mempunyai minat dalam penulisan skrip dan mahu mencuba menulis sitcom. Dilengkapi dengan dua contoh naskhah daripada siri ini sebagai panduan penulisan skrip sitcom .

Aktiviti akan Datang

Sarawakiana Festival 2025 08 Dec 2025


Lihat Semua Akiviti