EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Tumbuhan Ketum Di Malaysia: Cabaran dan Prospek

image description
Call no.
: 583.52 SAM
Penulis
: Samihah Khalil @ Halim, Siti Alida John Abdullah, Rusnah Ahmad
Penyumbang
: Salina Zawawi
Ringkasan
Buku ilmiah ini dihasilkan oleh penulis bertujuan untuk berkongsi hasil kajian dan mengulas isu ketum bukan sahaja di Malaysia namun di peringkat antarabangsa. Perbincangan buku ini bersifat akademik disertakan laporan dan statistik berkenaan dengan isu-isu penyalahgunaan daum ketum di Kedah dan Perlis khususnya yang dipetik daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Buku ini juga dapat memberi ruang kepada penanda aras baharu kepada isu ketum di Malaysia dan member keseimbangan persepsi kepada kemudaratan yang telah ditimbulkan oleh penyalahgunaan ketum. Pembaca juga diajak untuk berfikir dengan perbahasan sosial, ekonomi, rawatan alternatif, agama dan sebagainya terhadap isu dasar negara berhubung dengan ketum. Buku ini sesuai dibaca secara umum oleh sesiapa yang berminat untuk mengetahui maklumat terperinci dan terkini mengenai isu ketum ini dan bukan hanya untuk para penyelidik sahaja. Bahasa yang digunakan mudah difahami dan disertakan dengan senarai jadual dan rajah yang berkaitan.