Kajian menunjukkan salah satu dari punca kematian di kalangan manusia adalah disebabkan penyakit hipertensi atau lebih dikenali dengan nama penyakit tekanan darah tinggi. Dengan lingkungan gaya hidup yang banyak berubah, statistik menujukkan bilangan penghidap penyakit hipertensi ini semakin hari semakin meningkat. Perkara ini sangat membimbangkan.
Sebenarnya, penyakit hipertensi ini mudah dikawal jika ditangani sejak awal. Ubat-ubatan penurun tekanan darah tinggi merupakan penemuan luar biasa dalam bidang farmakologi kerana khasiatnya. Namun malangnya, ramai dari kita yang tidak menyedari telah menghidap penyakit hipertensi ini. Penyakit ini sangat merbahaya dan tanpa disedari ia boleh merosakkan organ-organ utama seperti jantung, otak, mata, pembuluh darah dan ginjal. Apabila diri sudah menghidapi penyakit ini, bukan sahaja hipertensi sahaja yang perlu diubati tetapi organ-organ yang rosak itu. Hipertensi memang boleh dikawal,tetapi fungsi-fungsi organ tidak dapat dipulihkan.
Buku ini ditulis sebagai panduan kepada para pembaca di luar sana agar terhindar dari marabahaya tersebut. Diharapkan para pembaca dapat mengenali hipertensi dan mendiagnosis sejak awal kerana seperti yang kita ketahui, mencegah lebih baik dari mengubati.