EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Ilmu Kesihatan Sukan

image description
Call no.
: 617.1027/GIR
Penulis
: H.Y. S Santosa Giriwijoyo Dikdik Zafar Sidik
Penyumbang
: Awang Yunos Bin Awang Husain
Ringkasan
Buku ini menghuraikan dengan terperinci tentang hubung kait antara sukan dengan kesihatan, cara bersukan untuk kesihatan, jumlah sukan yang perlu dilakukan supaya menjadi lebih sihat dan persoalan penting lain yang berkait dengan kesihatan. Pada asasnya, buku ini membimbing pembaca untuk mencapai tahap kesihatan yang sesuai dengan konsep kesihatan WHO, iaitu sejahtera fizikal, mental dan sosial, tidak hanya bebas daripada penyakit, kecacatan, atau kelemahan. Kesibukan yang bersifat keduniaan sering menyebabkan manusia kurang bergerak dan mengalami tekanan yang boleh mengakibatkan pelbagai penyakit tidak berjangkit, khususnya orang yang tidak bersukan atau tidak menjalani gaya hidup sihat. Salah satu cara untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kesihatan adalah dengan mengamalkan sukan kesihatan. Kesan daripadan sukan kesihatan ini, pelakunya bukan sahaja sihat dalam keadaan statik, tetapi juga sihat dan berupaya bergerak untuk melakukan aktiviti kehidupan hariannya secara dinamik.

Aktiviti akan Datang

Sarawakiana Festival 2025 08 Dec 2025


Lihat Semua Akiviti