Buku ini memberi informasi kepada kita tentang ganjaran solat, mudahnya solat dan rajin solat mengikut gaya Rasulullah. Solat terbahagi kepada dua, iaitu solat fardu dan solat-solat sunat. Solat fardu adalah rukun Islam yang kedua. Ibadah solat ini sukar dilakukan dalam kehidupan seharian kita kerana ia ibadah yang berat.
Dalam buku ini menghuraikan 200 tip untuk kita mudah dan rajin solat berdasarkan 40 hadith sahih.
Setiap gaya Rasulullah yang dikemukakan akan disokong oleh hadith sahih, dihuraikan dan ditambahkan dengan tip dan info solat. Gaya penulisan ringkas dan mudah difahami. Dilengkap dengan infografik.