Ia merupakan sebuah buku yang mencerita pengalaman dalam memberi pendidikan awal kepada anak-anak. Anak-anak gemar bermain apabila berjaya menghasilkan sendiri mainan dari pelbagai bahan yang mudah didapati serta warna yang terang dan menarik. Selain itu buku ini memberi idea kepada kita untuk menghasilkan sendiri barang mainan anak-anak dengan kos yang murah dan dari bahan-bahan kitar semula. Ianya dapat mengeratkan lagi hubungan kita dengan anak-anak. Disamping itu, hasil kraft yang dipamerkan didalam buku ini menggunakan warna terang serta menarik dan bahasa juga mudah difahami walaupun kanak-kanak yang membacanya.