Buku yang menerangkan tentang jenis jahitan yang cantik dan menarik untuk disulamkan pada pakaian, beg tangan, tudung, telekung, alas meja, selendang, kotak tisu, hiasan dinding dan pelbagai jenis produk lagi. Buku ini juga dilengkapi contoh pola yang boleh digunakan sebagai panduan memulakan sulaman yang cantik pada bag tangan, tudung dan sebagainya. Penulis juga menerangkan dengan terperinci teknik dan bahan yang sesuai digunakan untuk individu yang ingin menyulam. Langkah demi langkah yang diterangkan akan sedikit sebanyak membantu kita untuk menyulam corak yang diingini. Bagi wanita yang gemar menyulam, buku ini boleh dijadikan inspirasi untuk menghasilkan sulaman yang cantik.