EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

PANDUAN MUDAH MENJAGA KERETA

image description
Call no.
: 629.2872AHM
Penulis
: AHMAD HISHAM RUSTI
Penyumbang
: Mohd Bakhtiar Haji Supardi
Ringkasan
Buku ini mempunyai sebelas bab yang secara umumnya memberi panduan bagaimana kaedah yang terbaik dalam menjaga dan menyelenggara kereta. Penulis menggunakan bahasa yang mudah difahami tanpa menggunakan perkataan yang terlalu teknikal. Bahan bacaan ini sesuai dibaca oleh tiap lapisan pembaca. Dalam bab pertama, penulis memberikan pengenalan terhadap komponen enjin kereta. Pemilik kereta seharusnya mengetahui serba sedikit tentang asas penyelenggaraan dan komponen kereta yang betul. Ini adalah penting kerana untuk menjimatkan kos penyelenggaraan kereta dalam janka masa panjang. Dalam bab kedua pula, penulis membincangkan tentang penjagaan rutin kereta. Setiap penyelenggaraan kenderaan adalah berbeza kerana ia bergantung kepada cara pemanduan. Terdapat komponen yang perlu dilakukan penyelenggaraan dalam tempoh tertentu seperti minyak hitam, brek, tayar, dan sebagainya. Penulis membincangkan tentang kerosakan enjin dan cara mengatasinya dalam bab tiga. Kerosakan enjin dapat dikesan apabila enjin tidak dapat dihidupkan, enjin menderu tetapi bergerak perlahan, asap kenderaan bertukar warna. Untuk enjin yang tidak dapat dihidupkan ia berkemungkinan ada kerosakan pada bateri, `starter`, dan karburator. Bagi enjin yang menderu tetapi bergerak perlahan, antara puncanya adalah penapis udara yang kotor, saluran petrol kurang tepat, kebocoran eksoz dan tekanan enjin tidak cukup. Untuk asap yang bertukar warna, antara puncanya adalah laluan injap rosak. Dalam bab empat, penulis menerangkan cara-cara menjaga radiator. Radiator merupakan komponen sampingan yang berfungsi untuk menyejukkan enjin kereta. Air yang telah disejukkan oleh radiator akan melalui bahagian enjin dan menyejukkannya dan kembali ke radiator semula. Penulis menerangkan komponen kenderaan seperti penapis udara, tali sawat,hos, minyak dan bendalir pendingin udara dalam bab lima. Semua kenderaan menggunakan penapis udara dimana ia berfungsi menapis udara untuk pembakaran bahan api yang sempurna. Terdapat pelbagai tali sawat untuk fungsi tertentu seperti untuk memindahkan kuasa daripada enjin untuk kereta bergerak dan menjalankan komponen aksesori enjin seperti pendingin udara dan pam air. Dalam bab enam, penulis menerangkan tentang cara penjagaan tayar. Tayar merupakan antara komponen penting selain daripada enjin dan brek. Tayar yang dipilih hendaklah tahan lasak untuk menangani brek, dan geseran permukaan jalan. Kealpaan dalam penjagaan tayar boleh mengakibatkan berlakunya kemalangan di jalanraya, Dalam bab tujuh, penulis menerangkan komponen pengendalian kereta terdiri daripada penyerap kejutan, stereng, brek. Kegagalan pada komponen ini boleh menyebabkan pemanduan yang kurang selesa. Bab lapan, penulis membincangkan tentang penjagaan lampu dan bateri. Terdapat bateri kereta yang mempunyai jangka hayat tahan yang lama sekiranya dijaga dengan betul. Bateri yang lemah akan menyukarkan kereta untuk dihidupkan. Bab sembilan, penulis membincangkan penjagaan kereta seperti pencucian enjin, pencucian badan kereta, penyimpanan kereta. Penjagaan yang betul akan memanjang kan tempoh penggunaan kereta tersebut. Bab kesepuluh, penulis menerangkan tantang bagaimana untukmemilih bengkel yang baik untuk mendapat perkhidmatan penyelengaraan yang baik. Pemilik kereta seharusnya menghantar kereta ke bengkel yang bersesuaian bagi mendapatkan servis yang baik. Untuk bab yang terakhir, penulis mengingatkan kepada pemilik kenderaan untuk berhati-hati kerika pemanduan. Langkah-langkah yang diambil ketika berlaku kemalangan juga turut dinyatakan dalam bab yang terakihir ini, antaranya bertukar maklumat dengan pemandu yang terlibat, telefon pihak yang berkaitan dan sebagainya.

Aktiviti akan Datang

Sarawakiana Festival 2025 08 Dec 2025


Lihat Semua Akiviti