EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA

image description
Call no.
: 690.22ANU
Penulis
: MOHAMAD SOHAIMI MAN
Penyumbang
: Mohd Bakhtiar Haji Supardi
Ringkasan
Buku ini mengupas aspek perundangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di tempa kerja yang seharusnya diberi perhatian oleh pengurusan organisasi. Kegagalan mematuhi dan memenuhi aspek perundangan boleh menjejaskan sektor ekonomi negara. Dalam bab 1 menekankan peranan sesebuah organisasi dalam pelaksanaan konsep kerja selamat. Ia perlu digarap dalam setiap kelompok pekerja (sektor pembuatan, pembinaan, pengangkutan, pengilangan dan sebagainya) Dalam bab 2 menjelaskan akta-akta yang digunapakai dan transformasinya bagi memperkasakan Amalan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Secara ringkasnya, akta ini bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja, menghasilkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat, meningkatkan hasil dan produktiviti (berkaitan dengan kos), dan sebagainya. Dalam bab 3 menerangkan keperluan pengurusan yang baik bagi mencapai ciri-ciri keselamatan dan persekitaran yang sihat. Empat komponen utama dalam pengurusan merangkumi peringkat perancangan, peringkat cara kerja, peringkat pengarahan dan peringkat penyeliaan. Dalam bab 4 menekankan amalan dan penerapan peraturan keselamtan dan kesihatan pekerjaan. Secara kesimpulannya sesuatu aktivit dijalankan oleh manusia dengan cara kerja yang sesuai dan tingkah laku yang betul. Aktiviti yang dimaksudkan adalah kerja yang membabitkan individu, berkumpulan dan sebagainya. Amalan 5s juga merupakan antara sistem amalan kerja yang selamat. Dalam bab 5 menjelaskan kaitan pelaksanaa dan pengawasan kerja ke arah kerja selamat. Sesebuah organisasi perlu memahami dan bertindak untuk mempastikan sistem pengurusan selari dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Garis panduan Penguatkuasaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Dalam bab 6 menerangkan pengurusan risiko di tempat kerja. Pengurusan risiko amat penting bagi mempastikan keselamatan ditempat kerja adalah selamat, selesa, dan sihat bagi pekerja yang melaksanakan pelbagai tugasan. Oleh itu pihak pengurusan sesebuah organisasi/ majikan hendaklah menyediakan keadaan kerja yang selamat dimana tiada risiko bahaya di tempat kerja, peralatan dan kelengkapan yang sesuai dengan tugasan dan sebagainya. Dalam bab 7dan 8 menekan sekali lagi peranan majikan / pihak pengurusan bagi mempastikan akta ini dilaksanakan dengan betul. Ini adalah penting untuk membudayakan dan mengamalkan sistem kerja yang selamat. Satu jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan perlu diwujudkan di setiap organisasi. Ia bertujuan untuk memantau keberkesanan pelaksanaan. Secara kesimpulannya buku ini sangat sesuai dijadikan bahan bacaan ilmu dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat yang bekerja merangkumi semua sektor.

Aktiviti akan Datang

Sarawakiana Festival 2025 08 Dec 2025


Lihat Semua Akiviti