EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Merdeka Dengan Darah

image description
Call no.
: 923.259522 JEN
Penulis
: Jeniri Amir
Penyumbang
: Muhammad Annwar Bin Adenan
Ringkasan
Merdeka Dengan Darah hasil tulisan Jeniri Amir. Buku ini menceritakan tentang pahlawan Sarawak yang bernama Rosli Dhoby. Siapa yang tidak mengenali insan yang bernama Rosli Dhoby. Buku ini diterbitkan sempena Sarawak meraikan ulang tahun ke-50 kemerdekaannya pada tahun 2013. Buku ini banyak berkongsi tentang keberadaan Rosli Dhoby sebelum berdepan dengan hukuman gantungnya. Buku ini juga menceritakan tentang Kumpulan Rukun Tiga Belas di Journey`s End, Sibu. Penulis buku ini iaitu Dr. Jeniri Amir ada menemu bual teman rapat Rosli Dhoby seperti Abang Othman Abang Teh. Buku ini juga ada menyebut yang Rosli Dhoby sangat mengagumi Presiden Indonesia ketika itu iaitu Presiden Sukarno. Semasa kejadian berani oleh Rosli Dhoby, beliau mengenakan pakaian seperti Sukarno. Selain itu, pakaian dalam baju beliau ditulis dengan kalimah Allah. Buku ini sangat bagus untuk dibaca oleh orang Sarawak khususnya kerana kita tanpa sejarah bagaikan manusia tidak bertamadun.

Aktiviti akan Datang

Sarawakiana Festival 2025 08 Dec 2025


Lihat Semua Akiviti