EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

100 PERKARA KAMU PATUT TAHU TENTANG KUCING DAN ANAK KUCING

image description
Call no.
: JM 636.8 PAR
Penulis
: STEVE PARKER
Penyumbang
: Khuzainah Binti Khalid
Ringkasan
Pada pandangan saya, buku yang bertajuk “100 Perkara Kamu Patut Tahu Tentang Kucing Dan Anak Kucing” karya Steve Parker ini mempunyai pelbagai faktor-faktor yang menarik, antaranya hiasan kulit buku, jumlah muka surat, isi kandungan di dalam buku dan kesesuaian buku kepada kelompok masyarakat tertentu. Hiasan kulit buku ini dihiasi dengan imej anak kucing yang sedang berjalan di rumput beserta warna yang terang dan menarik. Hiasan kulit buku amat memainkan peranan yang penting dalam menarik perhatian pembaca, terutama sekali individu-individu yang suka dan cinta akan kucing. Selain itu, buku ini mengandungi 48 muka surat yang dicetak rapi, kemas dan padat. Cetakan muka surat yang rapi dan kemas amat penting untuk menarik minat pembaca agar pembaca mudah untuk memahami konteks di dalam penggunaan ayat dan mempercepatkan proses pembelajaran. Di samping itu, isi kandungan buku ini mengandungi 100 fakta tentang kucing yang menyeronokkan beserta huraian yang padat dan jelas. Huraian ini juga dilengkapi dengan foto-foto kucing yang comel bagi memudahkan para pembaca untuk memahami konteks yang diutarakan serta menarik minat pembaca untuk membaca. Akhir sekali, buku ini secara keseluruhannya berfokuskan kepada seluruh lapisan masyarakat. Fakta-fakta di dalam buku ini sangat lengkap dan padat serta boleh digunakan oleh pencinta-pencinta kucing untuk memahami lebih mendalam tentang kucing.