EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

ALLAH MAHA PENOLONG: STRATEGI JITU MERINGANKAN BEBAN HUTANG

image description
Call no.
: 297.57 YUS
Penulis
: USTAZ YUSUF MANSUR
Penyumbang
: Khuzainah Binti Khalid
Ringkasan
Pada pandangan saya, buku yang bertajuk “Allah Maha Penolong: Strategi Jitu Meringankan Beban Hutang” karya Ustaz Yusuf Mansur ini mempunyai pelbagai faktor-faktor yang menarik, antaranya hiasan kulit buku, jumlah muka surat, isi kandungan di dalam buku dan kesesuaian buku kepada kelompok masyarakat tertentu. Hiasan kulit buku ini dihiasi dengan imej seorang ustaz sedang tersenyum, dua orang sedang berjabat tangan dan isi kandungan buku beserta gabungan warna biru muda dan putih. Hiasan kulit buku amat memainkan peranan yang penting dalam menarik perhatian pembaca, terutama sekali individu-individu yang ingin mencari penyelesaian kepada masalah hutang. Selain itu, buku ini mengandungi 54 muka surat yang dicetak rapi, kemas dan padat. Cetakan muka surat yang rapi dan kemas amat penting untuk menarik minat pembaca agar pembaca mudah untuk memahami konteks di dalam penggunaan ayat dan mempercepatkan proses pembelajaran. Di samping itu, isi kandungan buku ini mengandungi pelbagai tips dan cara-cara untuk mengelakkan diri dan penyelesaian kepada masalah hutang untuk diaplikasikan di dalam kehidupan seharian beserta huraian-huraian yang panjang, lengkap dan padat bagi memberikan pemahaman yang jelas kepada pembaca. Cara-cara dan penyelesaian masalah hutang ini juga dikukuhkan dengan hadis dan ayat suci Al-Quran oleh penulis bagi menambahkan keyakinan pembaca untuk mempraktikkan amalan-amalan yang telah diberikan tanpa rasa ragu-ragu. Akhir sekali, buku ini secara keseluruhannya berfokuskan kepada pelbagai lapisan masyarakat. Panduan-panduan di dalam buku ini amat relevan dan berteras lantas boleh dijadikan sebagai rujukan kepada seseorang individu untuk mengetahu cara untuk melunaskan hutang lantas membebaskan diri dari jerat hutang.