EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

CERITAKAN KISAH SANG KANCIL

image description
Call no.
: JM 499.2386 SHA
Penulis
: SYAFIQA YUSOFF
Penyumbang
: Khuzainah Binti Khalid
Ringkasan
Pada pandangan saya, buku yang bertajuk “Ceritakan Kisah Sang Kancil” karya Syafiqa Yusoff ini mempunyai pelbagai faktor-faktor yang menarik, antaranya hiasan kulit buku, jumlah muka surat, isi kandungan di dalam buku dan kesesuaian buku kepada kelompok masyarakat tertentu. Hiasan kulit buku ini dihiasi dengan imej-imej kartun haiwan-haiwan disertakan dengan warna yang terang dan menarik. Hiasan kulit buku amat memainkan peranan yang penting dalam menarik perhatian pembaca, terutama sekali kanak-kanak yang suka akan kisah-kisah tauladan binatang seperti sang kancil. Selain itu, buku ini mengandungi 200 muka surat yang dicetak rapi, kemas dan padat. Cetakan muka surat yang rapi dan kemas amat penting untuk menarik minat pembaca agar pembaca mudah untuk memahami konteks di dalam penggunaan ayat dan mempercepatkan proses pembelajaran. Di samping itu, isi kandungan buku ini mengandungi pelbagai jenis kisah-kisah yang menghiburkan dan mencuit hati tentang sang kancil bersama binatang-binatang yang lain. Kisah-kisah ini juga dilengkapi dengan pengajaran yang amat bagus dan setiap muka surat diwarnakan serta penggunaan imej yang banyak bagi menarik golongan kanak-kanak untuk membaca. Akhir sekali, buku ini secara keseluruhannya berfokuskan kepada kanak-kanak. Kisah-kisah di dalam buku cerita sarat dengan pengajaran dan amat sesuai sekali untuk kanak-kanak agar nilai-nilai murni di dalam buku ini terus diikuti dan menjadi budaya dalam masyarakat kita.