EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

CRAFTS WITH KIDS

image description
Call no.
: 745.5083 JOH
Penulis
: SUSIE JOHNS
Penyumbang
: Khuzainah Binti Khalid
Ringkasan
Pada pandangan saya, buku yang bertajuk “Crafts With Kids” karya Susie Johns ini mempunyai pelbagai factor-faktor yang menarik, antaranya hiasan kulit buku, jumlah muka surat, isi kandungan di dalam buku dan kesesuaian buku kepada kelompok masyarakat tertentu. Hiasan kulit buku ini dihiasi dengan warna yang pelbagai, imej dan gambar-gambar yang menarik serta penggunaan huruf yang besar. Hiasan kulit buku amat memainkan peranan yang penting dalam menarik perhatian pembaca, terutama sekali kanak-kanak yang menyukai buku yang ceria, mempunyai banyak imej dan berhuruf besar untuk memudahkan proses bacaan dan pembelajaran, Selain itu, buku ini mengandungi 128 muka surat yang dicetak rapi dan kemas. Cetakan muka surat yang rapi dan kemas amat penting untuk menarik minat pembaca agar pembaca mudah untuk memahami konteks di dalam penggunaan ayat dan mempercepatkan proses pembelajaran. Di samping itu, isi kandungan buku ini mengandungi pelbagai jenis projek kraf yang boleh dilakukan oleh semua lapisan masyarakat, terutama sekali kanak-kanak. Projek-projek tersebut dijelaskan dengan gambar dan arahan yang mudah, agar pembaca mudah memahami dah bertindak dengan betul. Akhir sekali, buku ini secara keseluruhannya berfokuskan kepada kanak-kanak. Projek-projek kraf di dalam buku ini mampu memperkembangkan kreativiti kanak-kanak lantas melahirkan golongan yang bijak, kreatif dan proaktif pada masa hadapan.