EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

KESALAHAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK

image description
Call no.
: 297.577 RAI
Penulis
: RAISYA MAULA IBNU RUSYD
Penyumbang
: Khuzainah Binti Khalid
Ringkasan
Pada pandangan saya, buku yang bertajuk “Kesalahan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak” karya Raisya Maula Ibnu Rasyid ini mempunyai pelbagai faktor-faktor yang menarik, antaranya hiasan kulit buku, jumlah muka surat, isi kandungan di dalam buku dan kesesuaian buku kepada kelompok masyarakat tertentu. Hiasan kulit buku ini dihiasi dengan imej bapa dan anak sedang melakukan solat berjemaah bersama-sama. Hiasan kulit buku amat memainkan peranan yang penting dalam menarik perhatian pembaca, terutama sekali ibu bapa yang ingin mencari tips-tips dan panduan untuk mendidik anak dengan cara yang terbaik dan Islamik. Selain itu, buku ini mengandungi 206 muka surat yang dicetak rapi, kemas dan padat. Cetakan muka surat yang rapi dan kemas amat penting untuk menarik minat pembaca agar pembaca mudah untuk memahami konteks di dalam penggunaan ayat dan mempercepatkan proses pembelajaran. Di samping itu, isi kandungan buku ini mengandungi pelbagai jenis kesalahan-kesalahan dalam mendidik anak yang dihuraikan dengan tepat dan padat serta langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak sebetulnya dari akar umbi lagi. Langkah-langkah mendidik anak dengan betul dan baik juga dikukuhkan dengan hadis dan ayat suci Al-Quran oleh penulis bagi menambahkan keyakinan pembaca untuk mempraktikkan panduan yang telah diberikan tanpa rasa ragu-tagu. Akhir sekali, buku ini secara keseluruhannya berfokuskan kepada ibu bapa dan penjaga. Panduan-panduan di dalam buku ini amat relevan dan berteras lantas boleh dijadikan sebagai rujukan kepada ibu bapa dalam mendidik anak-anak menjadi modal insan yang berguna di dunia dan di akhirat.