EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

KESIHATAN GIGI DAN MULUT

image description
Call no.
: JM 617.6 SHA
Penulis
: SHAIDAH ISHAK
Penyumbang
: Khuzainah Binti Khalid
Ringkasan
Pada pandangan saya, buku yang bertajuk “Kesihatan Gigi Dan Mulut” karya Shaidah Ishak ini mempunyai pelbagai faktor-faktor yang menarik, antaranya hiasan kulit buku, jumlah muka surat, isi kandungan di dalam buku dan kesesuaian buku kepada kelompok masyarakat tertentu. Hiasan kulit buku ini dihiasi dengan imej gigi dan alatan-alatan medik yang digunakan untuk merawat gigi beserta warna yang terang dan jelas. Hiasan kulit buku amat memainkan peranan yang penting dalam menarik perhatian pembaca, terutama sekali kanak-kanak dan remaja-remaja yang ingin menambah pengetahuan dalam bidang medik dalam skop pergigian. Selain itu, buku ini mengandungi 56 muka surat yang dicetak rapi, kemas dan padat. Cetakan muka surat yang rapi dan kemas amat penting untuk menarik minat pembaca agar pembaca mudah untuk memahami konteks di dalam penggunaan ayat dan mempercepatkan proses pembelajaran. Di samping itu, isi kandungan buku ini mengandungi pelbagai jenis informasi tentang jenis-jenis penyakit gigi, cara-cara mencegah sakit gigi dan mulut, tindakan-tindakan yang boleh diambil sekiranya mengalami sakit gigi dan informasi-informasi tambahan tentang pergigian beserta huraian-huraian yang panjang, lengkap dan padat bagi memberikan pemahaman yang jelas kepada pembaca. Huraian-huraian juga dilengkapi dengan imej-imej dan gambar yang menarik bagi memudahkan para pembaca untuk berimaginasi dan memudahkan pemahaman tentang istilah yang digunakan oleh penulis. Akhir sekali, buku ini secara keseluruhannya berfokuskan kepada golongan kanak-kanak dan remaja. Panduan-panduan di dalam buku ini amat relevan dan berteras lantas boleh dijadikan sebagai rujukan kepada kanak-kanak dan remaja yang ingin menambah informasi dan pengetahuan tentang ilmu pergigian dan kedoktoran untuk kebaikan pada masa hadapan.