EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

ANGKATAN PEMUDA INSAF (API) 1946-1947

image description
Call no.
: 297.7409595 HAS
Penulis
: Hasfalila Hassan
Penyumbang
: Kian Tungku
Ringkasan
Penulisan ini menjurus kepada kajian tentang usaha dan penanan yang dimainkan oleh Angkatan Pemuda Insaf(API) sebagai barisan pemuda yang berusaha membebaskan Tanah Melayu daripada terus menjadi jajahan British. API bertanggungjawab menyebarkan propaganda tentang kezaliman yang dilakukan penjajah. Persediaan daripada aspek latihan ketenteraan dan pengisian jiwa juga dilakukan bagi memantapkan semangat dan kekuatan pejuang API bagi berhadapan dengan penjajah British. Tempoh masa kajian ini dipilih dari tahun 1946 hingga 1947 kerana tahun tersebut merupakan tempoh paling penting dalam sejarah perjuangan API. Buku ini amat sesuai untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat yang ingin tahu tentang perjuangan kemerdekaan yang pernah diusahakan oleh golongan berhaluan kiri atau dilabelkan radikal oleh penjajah British agar perjuangan mereka ini tidak mendapat sokongan masyarakat umum. Seterusnya penjajah berusaha untuk membantutkan perjuanngan API dan menggagalkan usaha untuk memberikan kesedaran terhadap perjuangan menuntut kemerdekaan.