Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang merupakan salah satu cerita tersohor dalam masyarakat melayu di Sarawak. Buku ini sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana gambar-gambar yang digunakan untuk menceritakan kisah legenda ini akan memudahkan mereka untuk memahami jalan cerita dan mampu menarik minat untuk membaca. Kisah Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang ini bukanlah hanya untuk menghiburkan tetapi juga memberi pengajaran supaya tidak mengingkari pesanan orang tua dan mesti penjaga hubungan kekeluargaan.