Ensiklopedia ini menjurus kepada pengetahuan am seperti sejarah, peta dunia, hidupan liar, sains dan teknologi, dan banyak lagi topik-topik yang sesuai untuk kanak-kanak. Fakta-fakta dan statistik yang terdapat dalam ensiklopedia ini telah pun dikemaskini dari terbitan yang sebelumnya.
Terdapat juga peta dunia, biografi ringkas saintis dan maklumat-maklumat ringkas di dalam ensiklopedia kanak-kanak ini.
Buku ini amat sesuai untuk kanak-kanak kerana mempunyai ilustrasi yang menarik dan teks yang ringkas, bersesuaian dengan tahap pemahaman kanak-kanak.