Buku ini menerangkan tentang langkah-langkah yang perlu diambil semasa kehamilan. Mengandungi 5 bab dan setiap bab diterangkan secara terperinci dari permulaan sehingga penghujung kehamilan. Dalam buku ini juga menerangkan ujian yang perlu dilalui oleh wanita yang hamil semasa setiap trimester dan penyakit yang boleh menjejaskan kandungan dan juga ibu. Buku ini juga menerangkan langkah mengatasi loya dan diet yang perlu diambil semasa kehamilan.