EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Kaunseling Kekeluargaan, komunikasi berkesan dengan anak

image description
Call no.
: 362.8286 NOR
Penulis
: Noraini Ahmad
Penyumbang
: Affendi Bin Iezara
Ringkasan
Buku ini memberi idea tentang teknik berkomunikasi yang berkesan kepada anak. Kandungan buku merupakan panduan yang sesuai untuk dipraktikan untuk mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi dengan anak-anak agar menjadi ibu bapa yang dapat menyampaikan dan menerima komunikasi dengan sangat baik. Pada era yang moden ini, ramai ibu bapa merungut kerana anak-anak lebih cenderung berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain. Kandungan pada buku ini menekankan kepentingan ibu bapa memberi perhatian untuk mendengar setiap luahan dan dan setiap apa yang disampaikan oleh anak-anak disamping juga memberi maklum balas dengan teknik yang sesuai mengikut situasi, seperti penggunaan kata-kata yang sesuai mengikut keadaan emosi anak-anak , gerakan tubuh badan yang sesuai, berhati ketika mengajukan soalan termasuk cara menerokai perasaan anak-anak. Disamping itu juga, ibu bapa hendaklah menggunakan ayat-ayat yang positif untuk memberi galakan yang postif juga dan juga cara mengelakan penggunaan bentuk bentuk komunikasi yang negative seperti menyuruh, mengarah atau memerintah kerana ada seberapa anak tidak suka diperintah ataupun diarah . Secara Keseluruhannya, buku ini sangat membantu dari segi keselurahan aspek komunikasi dan cara berinteraksi supaya membentuk sebuah keluarga yang baik dalam komunikasi dan ibu bapa saling memikul tanggungjawab menjadi pendengar dan pakar kaunseling dalam sebuah keluarga kea rah keharmonian.