EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Ternakan Ikan Keli

image description
Call no.
: 639.34742 NAS
Penulis
: Nasnan Jajuli
Penyumbang
: Affendi Bin Iezara
Ringkasan
Buku Ternakan ikan keli ini, membantu para pembaca untuk lebih memahami proses penternakan ikan keli. Buku ini mengandungi 8 bab dimana kandungan bab bermula tentang permulaan penternakan sehingga kaedah menjadi ushawan ikan keli yang Berjaya. Dalam Bab 1, mengemukakan latar belakang industry ikan keli, yang membincangkan jenis- jenis ikan dan penyakit ikan dan rawatannya antaranya diptrex adalah salah satu kaedah rawatan. Dalam bab kedua, Ternakan Induk Ikan keli yang membincangkan tentang pemilihan induk, kolam induk dan makanan induk, antara bahan makananan yang dinyatakan seperti hampas kacang soya, dedak dan lain-lain. Dalam bab 3, menyatakan teknik pembenihan ikan keli, antaranya teknik aruhan dan teknik penyutikan. Bab 4 pula membincnagkan proses pembesaran ikan keli yang bermula mengikut peringkat antaranya peringkat selepas penetasan, peringkat pembesaran dan peringkat penuaian hasil. Bab 5 , penghasilan makanan ikan yang menyatakan jenis makanan ikan keli, jumlah keperluan dan penghasilan ikan yang berkualiti. Manakala dalam bab 6, 7 dan 8 adalah membincangkan kepada pemasaran , kewangan dan usahawan ikan keli . Secara keseluruhannya, buku ini menjadi garis panduan yang jelas dan mudah difahami untuk para pembaca yang minat dalam industry ternakan ini.