EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Urus Rumah with Hani

image description
Call no.
: 648.5/HAN
Penulis
: Dr. Hani Mynis
Penyumbang
: Zuwahir Binti Ilias
Ringkasan
Urus Rumah With Hani yang diterbitkan oleh Puteh Press ini dikenali sebagai buku Marie Kondo Malaysia. Dr. Hani Mynis atau nama sebenarnya Dr. Norhanisah Abdullah, yang sering berkongsi tips mengemas di laman Facebook Susun Atur By Hani Mynis dengan tanda pagarnya #urusrumahwithhani, #kemasrumahwithhani dan #tipshanimasak2. Buku ini mengandungi 247 muka surat dan tiga bahagian penting di dalamnya iaitu Pengurusan Makanan, Pengurusan Pembersihan Rumah dan Pengurusan Kewangan. Isi kandungannya berwarna-warni dengan pelbagai infografik. Di bahagian Pengurusan Makanan, penulis berkongsi cara merancang menu, pembelian bahan mentah, penyediaan awal bahan masakan dan proses menyediakan hidangan. Penulis juga menyisipkan beberapa tips memilih bahan mentah yang segar, cara penyimpanannya untuk mengekalkan kesegaran setiap jenis bahan mentah dan beberapa resepi pes masakan yang boleh dibuat sendiri dan disimpan lama. Seterusnya di bahagian kedua iaitu pengurusan pembersihan rumah. Bahagian ini memonopoli lebih separuh daripada keseluruhan muka surat buku. Di sini penulis memuatkan perancangan pembersihan rumah, proses penyisihan barang di setiap ruang rumah, proses pembersihan rapi perabot dan peralatan elektrik, proses susun atur dan proses mengemas. Semuanya diterangkan dengan terperinci berserta tips berguna seperti cara membuat bahan pencuci sendiri, cara menjaga peralatan elektrik dan banyak lagi. Bahagian akhir sekali ialah Pengurusan Kewangan yang membincangkan tujuh aspek pengurusan kewangan iaitu, analisis kewangan, matlamat kewangan, pengurusan simpanan dan pelaburan, pengurusan perbelanjaan, pengurusan hutang, pengurusan zakat dan pengurusan cukai. Sebagai kesimpulan, buku ini sangatlah sesuai dibaca oleh wanita berkerjaya dan suri rumah yang sentiasa mahu mengekalkan kekemasan rumah. Dengan adanya panduan sebegini, wanita berkerjaya mahupun suri rumah dapat mengamalkan cara mengurus rumah dengan lebih efektif dan kurang tekanan.