EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Anak Muda Bebas Hutang

image description
Call no.
: 332.02402/BAD
Penulis
: Dr. Haji Badrul Hisham Mohd. Yusoff
Penyumbang
: Zuwahir Binti Ilias
Ringkasan
Kenapa saya meminjam buku ini? Ada 2 sebab utama. Yang pertama walaupun saya sudah berumur 40 an, saya mempunyai seorang anak yang meningkat dewasa. Dan sebab yang kedua, pada zaman kini semua orang pasti berhutang. Pasti akan mempunyai hutang. Ianya adalah tentang bagaimana untuk mengurus hutang. Sebab itulah saya memilih buku ini untuk diulas. Mempunyai 114 halaman muka surat. Ditulis oleh Dr Haji Badrul Hisyam Mohd Yusoff. Buku anak muda bebas hutang ini adalah buku keluaran pertama dan baru dikeluarkan pada tahun 2019. Jadi kalau tanya samada isi kandungannya adalah relevan dengan situasi semasa sekarang, maka sudah tentulah ianya relevan dan memang sangat sesuai dengan tema anak muda sekarang ini. Di awal bab, penulis memberikan tujuh langkah untuk memulakan hidup bebas hutang. 1.Mulakan dana kecemasan sebanyak RM1000 2.Selesaikan semua hutang kecuali pinjaman perumahan 3.Buat simpanan perbelanjaan 3 hingga 6 bulan 4.Melabur sekurang-kurangnya 15% pendapatan untuk dana persaraan 5.Perbelanjaan pendidikan anak-anak 6.Habiskan pinjaman perumahan segera 7.Bina kekayaan dan bersedekah Penulisan di dalam buku ini tidak berat. Semua orang boleh baca dan faham dengan mudah. Akan ada beberapa idea yang boleh anda cuba dan praktikan sendiri.