EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Dah Gemuklah!

image description
Call no.
: 613.25/TUN
Penulis
: Tunku Halim
Penyumbang
: Zuwahir Binti Ilias
Ringkasan
Penulis buku ini ialah Tuanku Halim Bin Tunku Abdullah. Beliau peminat tegar kepada amalan menurunkan berat badan serta seorang pengarang buku terlaris di pasaran. Buku ini beliau hasilkan dengan mengumpul bahan-bahannya selama bertahun-tahun. Memang patutlah isinya mantap dan sangat bermanfaat. Buku ini mengandungi 66 bab, dan diakui sangat berbaloi untuk dibaca oleh mereka yang serius untuk menurunkan berat badan. Dalam masa yang sama meletakkan keutamaan kesihatan berbanding nafsu makan itu sendiri. Ada satu bahagian yang penulis kongsikan tentang 30 cara sempurna untuk muncul lebih langsing. Namun begitu buku ini juga telah mengajak kita untuk bertukar tabiat pemakanan. Dengan bersarapan dengan buah-buah, elakkan daging, jauhi makanan bergula, makan banyak sayuran segar dan tidak minum susu lembu ala-ala vegetarian. Jangan abaikan senaman atau pergerakan yang aktif kerana pemakanan dan senaman itu sendiri adalah tunjang utama untuk mendapat tubuh badan yang sihat dan ideal.