EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Rosli Dhoby dan Rukun 13

image description
Call no.
: 923.259522 NOR
Penulis
: Nordi Achie
Penyumbang
: Mohamad Nizam Abg Takip
Ringkasan
Buku ini dihasilkan berdasarkan kajian penulis dari tahun 1997 sehingga buku ini disiapkan. Beliau menulis buku ini untuk menoreh kebenaran sejarah agar semua generasi yang akan datang mengetahui cerita sebenar di sebalik tragedi berdarah di Sibu pada 3 Disember 1949. Ianya merungkai siapakah Rosli Dhoby dan 3 orang lagi rakan seperjuangan beliau iaitu Morshidi Sidek, Awang Rambli Amit dan Bujang Suntong dan siapakah yang berada di sebalik kumpulan Rukun 13 pada masa itu. Perjuangan Rosli Dhoby dan Rukun 13 dianggap sebagai pemberontak, pembunuh dan penjahat semasa zaman penjajah British namun ramai tahu, mereka adalah wira negara dan kemerdekaan Sarawak yang telah mengorbankan nyawa sendiri demi memperjuangkan maruah bangsa dan kemerdekaan daripada kolonial barat.