EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Ustaz Traveller : Romansa Kembara Indonesia Bukan Travelog Biasa

image description
Call no.
: 910.4 HAM
Penulis
: Ustaz Hamizul Abdul Hamid
Penyumbang
: Mohamad Nizam Abg Takip
Ringkasan
Ustaz Hamizul Abdul Hamid, penulis buku ini adalah Ketua Jabatan Perundingan Kutipan Lembaga Zakat Selangor yang berdarah Bugis di mana moyangnya berasal dari Kepulauan Sulawesi dan ini membuatkan beliau menyintai Indonesia sehingga mengembara ke sana dan telah menjelajahi Pulau Jawa dan Sumatera. Travelog ini bermula dari perjalanan pertama beliau ke Jakarta pada tahun 2009, diikuti oleh perjalanan lain beliau pada tahun 2010 dan hingga yang terakhir pada tahun 2013 ke Bogor dan Kota Palembang. Pada setiap pengembaraan beliau menceritakan pengalaman beliau lalui dan juga berkongsi tips serta dialek tempatan di dalam buku ini. Banyak tempat menarik yang beliau lawati semasa pengembaraan beliau dan tidak lupa beliau berkongsi tempat makan, membeli belah dan tarikan pelancong.