EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Aku Budak Setinggan

image description
Call no.
: 610.695 MOH
Penulis
: Dr. Ezairy M. Sallih
Penyumbang
: Mohd. Awis Haji Abu Bakar
Ringkasan
Aku Budak Setinggan merupakan kisah benar seorang lelaki iaitu penulis, Dr. Ezairy M. Sallih, yang mahu mengubah keluarganya keluar daripada belenggu kemiskinan. Bersama seorang abang, mereka mengharungi satu per satu rintangan hingga akhirnya mereka berdua berada di puncak impian mereka. Pembaca dipersembahkan dengan kisah bagaimana seorang budak setinggan boleh berjaya menjadi seorang doktor. Kisah penulis dimulakan dari zaman kecil bersama abang kembarnya di Kampung Laut, Skudai, Johor. Penulis lahir dalam keluarga susah namun kaya dengan didikan serta kasih sayang. Penulis dan abangnya cemerlang dalam peperiksaan awam yang melayakkan mereka menyambung pengajian di Mesir dalam bidang perubatan. Penulis ingin mengetengahkan kemiskinan itu sebenarnya boleh diubah dengan berjaya dalam pelajaran dengan kekuatan usaha dan kerja keras. Kejayaan demi kejayaan diraih penulis adalah hasil berkat doa ibu bapa, amalan spiritual dan setting minda yang tepat pada masa yang betul. Terdapat juga kisah percintaan dan alam perkahwinan penulis yang dramatik dan penuh emosi. Kisah mereka pernah disiarkan dalam akhbar kerana cemerlang 12A1 dan berkahwin juga dengan pasangan kembar. Buku ini telah diterbitkan pada tahun 2015 sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja yang memerlukan suntikan inspirasi dalam hidup.