EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Pasukan Kerja Berprestasi Tinggi

image description
Call no.
: 658.4022 ABA
Penulis
: Ab. Aziz Yusof
Penyumbang
: Mohd. Awis Haji Abu Bakar
Ringkasan
Buku ini ditulis oleh Ab. Aziz Yusof. Daripada tajuknya sudah dapat dijangka isi kandungan buku ini. Penulis mengetengahkan penekanan berbentuk bimbingan bagi membolehkan pembaca bertindak selari dengan garis panduan yang diberikan. Buku ini dibahagikan kepada 17 bab, di mana setiap bab penulis mengulas dengan terperinci mengenai pembangunan pasukan kerja. Setiap bab memperlihatkan kepentingan kerja berpasukan di sesuatu organisasi. Menurut penulis, pasukan kerja berprestasi tinggi yang berinsentif pengetahuan merupakan penggerak dan pemangkin dalam pembangunan pasukan kerja. Tahap kekuatan kepakaran, kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki mampu mengekalkan daya saing, lebih berdikari dan akan terus kekal kompetitif. Buku ini sesuai untuk dibaca oleh mereka yang bergelar pengurus pasukan, seperti eksekutif syarikat, pentadbir dalam organisasi awam, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan juga usahawan. Buku ini juga sesuai dibaca dan dimanfaatkan oleh pelajar IPTA/IPTS yang bakal menjadi eksekutif, pentadbir, usahawan dan pemimpin.