EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Kembara Peniaga Jalanan

image description
Call no.
: 923.8595 IKR
Penulis
: Ikram Al-Banjari
Penyumbang
: Mohd. Awis Haji Abu Bakar
Ringkasan
Buku ini ditulis oleh Ikram Al-Banjari. Penulis menceritakan kisah hidup beliau yang digambarkan sebagai seorang budak kampung yang mula serius berniaga sejak mula berhijrah ke ibu kota. Segala jenis perniagaan di Malaysia ini telah diceburi oleh beliau, seperti meniaga di jalanan, pasar malam, pasar lambak, pasar ikan, dan lain-lain. Penulis ingin mengetengahkan perlunya kesungguhan dalam perniagaan, dan berani mencuba apabila nampak peluang yang ada. Kata kunci dalam perniagaan adalah mencuba, mencuba, dan terus mencuba sehingga berjaya. Untuk mahir selok belok perniagaan, maka perlulah mencuba dengan satu perniagaan dahulu. Membaca buku ini terasa seperti penulis sedang duduk berhadapan dan bercerita. Bahasa yang digunakan adalah mudah dan bersahaja. Susunan hasil tulisan beliau seperti perjalanan cerita, sangat dekat dengan persekitaran yang kita lalui. Buku ini adalah buku yang perlu dibaca oleh sesiapa sahaja yang ingin memulakan perniagaan di jalanan. Ia umpama membuka mata tentang perniagaan yang dipandang remeh oleh masyarakat tetapi mempunyai keistimewaan yang tidak dapat dilihat oleh semua orang. Kesungguhan dan kental jiwanya menjadikan beliau seorang usahawan berjaya hingga ke hari ini.